[ Kawan-Kawan Ku ]

2011-08-09

[ Friends or Not Friends? ]

Apa pandangan korang tentang kawan yang suka stab dari belakang?
aq? banyak kali terjumpa, jumpa dan berjumpa dengan orang macam ni...
tapi syukur sahabat2 aq setakat ini tiada lagi yang macam tu
tapi aq kesian dengan kawan2 aq yang berjumpa dengan orang macam ni


Kes I:
Kawan A ini bercinta lama dengan seorang lelaki ni,
dia kenal kan lah lelaki tu dengan Kawan B,
So, kawan A sangka kemeseraan yang semakin terserlah antara lelaki dan Kawan B tu
sekadar kawan biasa saja.
Ramai lah kawan2 A ni tegur kerana selalu terserempak Kawan B kuar dengan lelaki tu
Kawan A ni memberi sepenuh kepercayaan yang Kawan B dan lelaki tu
tiada hubungan istimewa.
Tapi setelah berapa bulan, lelaki tu mula berubah dan mengelak...
maka terjadi lah kejadian dimana Kawan A terserempak dengan lelaki tu makan berduaan dengan Kawan B... jadi? apa korang rasa?


-Kawan A percaya 100% dengan Kawan B dan lelaki tu
-Lelaki tu selalu kuar dengan Kawan B
-Lama kelamaan, lelaki tu berubah dan selalu mengelak Kawan A

Kesimpulan:
1. Kawan B dan lelaki tu bercinta dalam diam
2. Lelaki tu berubah hati
3. Kawan B dan lelaki tu tak boleh dipercayai pun

Kes 2:
Kawan A dan Kawan B berkawan sejak kecil lagi. Ramai orang suka berkawan dengan Kawan A tapi tidak pada Kawan B. Walaupun ramai tidak sukakan Kawan B, Kawan B tetap bersyukur dengan adanya Kawan A. Sejak akhir2 ini, Kawan B berasa pelik dengan cara orang lain memandang dia. Kawan B bertanya kepada Kawan A jika ada apa kekurangan pada Kawan B, sebagai kawan, Kawan A hanya mengata yang Kawan B sempurna dari segalanya. betapa mulianya Kawan A pada dia. Tapi ada juga suara2 sumbang mengatakan yang Kawan B ni buruk perangai dan tak sesuai berkawan dengan Kawan A. Siasat punya siasat, rupanya Kawan A ni yang membawa cerita buruk tentang Kawan B


-Kawan B percaya dan setia kepada Kawan A
-Kawan A memburukkan Kawan B

Kesimpulan:
1. Kawan A seorang yang hipokrit
2. Kawan B percaya pada Kawan A
3. Kawan A tidak layak dianggap sebagai kawan!

Siapa sangka kan? kedua kes ini pernah berlaku dan aq pernah alaminya. Walaupun bukan aq yang merasai kesakitan tu, tapi aq dapat rasa betapa kejamnya mempunyai rakan sebegitu. selayaknya, seorang rakan tidak patut melukai perasaan kawan yang lain. Kita perlu ada rasa tolak ansur dan saling menyayangi antara satu sama lain. seburuk mana pun rakan kita, kita kenalah berusaha untuk berubahnya menjadi seorang yang baik...


Apapun, aq bersyukur semua rakan yang aq kenali,
semuanya baik, jujur dan setia.
Jika doakan sesuatu yang baik, maka baik lah jadinya.

Photobucket

0 komen: